Pete The Penguin Virtual Pet

Monday, December 15, 2014

PUCUK UBI CAMPUR DAUN KEPAYAS

DAUN KEPAYAS/DAUN BETIK
PUCUK UBI/DAUN UBI
PUCUK UBI CAMPUR DAUN KEPAYAS
Masakan ini sangat sedap jika dimakan bersama nasi panas. Pucuk ubi campur daun kepayas ini ialah daun ubi yang dimasak bersama daun betik. Pucuk ubi campur daun kepayas ini dimasak tumis. Kebiasaannya daun ubi dimasak menggunakan santan namun bagi kaum kadazan dusun, daun ubi ini hanya dimasak tumis bersama daun betik. Pucuk ubi campur daun kepayas ini  boleh juga dicampur dengan ikan bilis, udang kering atau ikan masin.

Sunday, December 14, 2014

SUP MANUK LIHING/SUP AYAM LIHING

lihing
sup manuk lihing
Sup manuk lihing ini ialah sup ayam yang dicampur dengan sejenis minuman yang mengandungi alkohol iaitu lihing. Lihing ini dibuat oleh suku kaum kadazan dusun dan diantara bahan-bahannya ialah nasi pulut dan sasad(yis). Sup manuk lihing ini sangat sesuai diminum oleh wanita yang baru bersalin kerana mempunyai khasiat dari segi memulihkan peranakan. Selain itu, sup manuk lihing ini juga sangat sesuai diminum ketika musim sejuk kerana ianya dapat memanaskan badan. Walaupun dicampur dengan minuman beralkohol, sup manuk lihing ini tidak akan memabukkan individu yang meminum sup ini kerana kandungan lihing yang dicampur tidak banyak.

PINARASAKAN ATAU IKAN HAMPAP

pinarasakan
Pinarasakan merupakan ikan yang dimasak dengan menggunakan kaedah rebus tetapi menggunakan air yang sedikit iaitu separuh daripada jumlah ikan. Terdapat banyak bahan-bahan yang digunakan diantaranya ialah asam alui, halia, bawang merah dan bawang putih, kunyit. Ikan yang biasanya digunakan untuk memasak pinarasakan ini ialah ikan basung. Walaubagaimanapun ikan yang lain juga boleh digunakan. Pinarasakan ini lebih enak jika dimakan bersama sagu atau pinantung yang telah admin post sebelum ini. 

LINOPOT ATAU NASI BUNGKUS

                                      


linopot
Linopot adalah dalam bahasa kadazan, linopot lebih dikenali sebagai nasi bungkus yang dibungkus menggunakan daun. Daun yang biasanya digunakan ialah daun tarap atau daun doringin. Lazimnya, linopot mengandungi nasi yang sudah bercampur makanan tradisi lain seperti keladi atau guol, tawadak atau labu manis dan ubi kayu. Nasi yang dibungkus menggunakan daun ini mengeluarkan bau yang harum secara semulajadi. Biasanya linopot terdapat menjelang musim perayaan kaamatan. Sehingga kini linopot masih diguna pakai dalam kalangan masyarakat kaum kadazan dusun kerana ini menggambarkan budaya mereka yang unik.

Friday, December 12, 2014

VIDEO MAKAN BUTOD

video

Ini merupakan sambungan kepada post berkaitan butod atau ulat rumbia. Video ini admin upload untuk melihatkan bahawa butod ini boleh dimakan mentah bagi sesiapa yang menggemarinya.

SAGU/AMBUYAT/PINANTUNG

cara-cara memasak sagu/ pinantung


Sagu atau Ambuyat atau Pinantung
Sagu merupakan salah satu makanan tradisional kaum kadazan dusun. Sagu ini kebiasaannya dimakan bersama sup ikan, sayur-sayuran dan lauk-pauk yang lain mengikut kebiasaan sesetengah masyarakat. Sagu dimasak menggunakan air panas, sebelum itu sagu perlu dicampur sedikit air suam dan sedikit garam untuk mencairkan sagu sebelum air panas dituang ke dalamnya. Proses memasak sagu kelihatan mudah namun ia tidak semudah yang disangka kerana memasak sagu memerlukan pengamatan yang baik dari segi sukatan air panas yang perlu dimasukkan untuk memastikan sagu masak dengan sempurna. Sekiranya air panas yang dituang berlebihan ini akan menyebabkan sagu menjadi lebih cair dansukar untuk dimakan.

Saturday, November 22, 2014

NOONSOM

noonsom sada(ikan)
Noonsom dalam bahasa melayu dikenali sebagai jeruk. Noonsom sada adalah jeruk ikan. Ikan yang digunakan adalah ikan air tawar seperti ikan sapat, ikan talapia dan lain-lain. Ikan yang sudah disiang dan dibersihkan ini akan dicampurkan dengan nasi dan garam secukupnya. Sesudah itu dimasukkan ke dalam bekas kedap udara dan dibiarkan selama 2 minggu atau lebih. Selepas 2 minggu noonsom boleh dimakan. Sesetengan individu mencampurkun noonsom ini dengan isi buah pangi.